KERAJAAN NEGERI SARAWAK
Sarawak Government
e-Recruitment ver 3.0  
[ ]  
Laman Utama
Jawatan Kosong
Syarat & Cara Memohon
Fungsi-Fungsi Sistem
 
 [ Jawatan Kosong ]
<Kembali>
Agensi SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK
Nombor Iklan S42A2008
Tarikh Iklan 30-03-2008  Tarikh Tutup 21-04-2008 
Jawatan PEMBANTU TABDIR RENDAH (JURUTAIP)
Taraf Jawatan TETAP Kekosongan
Taraf Jawatan   Kekosongan   
Jabatan Stesen Kekosongan
JABATAN PERTANIAN  LUBOK ANTU 
JABATAN PERTANIAN  DEBAK 
JABATAN PERTANIAN  ROBAN 
JABATAN PERTANIAN  SRI AMAN 
JABATAN PERTANIAN  MIRI 
PENTADBIRAN BAHAGIAN BETONG  SARATOK 
Kumpulan Perkhidmatan SOKONGAN Klasifikasi Perkhidmatan PERKHIDMATAN PENTADBIRAN DAN SOKONGAN
Tempoh Percubaan 1 HINGGA 3 TAHUN 
Gred Gaji N11  Jadual Gaji P1T1 RM709.59 - P1T22 RM1750.21 
Syarat-syarat Lantikan Calon-calon bagi lantikan hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

A. LANTIKAN TERUS
(a)(i) Berpelajaran di peringkat sekolah menengah rendah bantuan
penuh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh kerajaan serta lulus ujian menaip seperti yang dinyatakan di
perenggan C di bawah; atau

(a)(ii)Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan kepujian
Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat peperiksaan tersebut
atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
serta lulus ujian menaip seperti yang dinyatakan di perenggan C
di bawah.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N11:P1T2) 
Syarat-syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan B. KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN PEGAWAI SEDANG BERKHIDMAT
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Am Rendah dan
Penghantar Notis adalah layak untuk dipertimbang oleh Pihak Berkuasa
Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan
Pembantu Tadbir Rendah (Jurutaip), Gred N11, tertakluk kepada
kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-

(a)(i) mempunyai kelayakan di perenggan A(a) di atas; atau
(a)(ii) lulus Peperiksaan Khas dan lulus ujian menaip seperti yang
dinyatakan di perenggan C di bawah; dan
(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.


C. UJIAN MASUK

(a) Calon di perenggan A dan B(a)(ii) di atas dikehendaki mengambil
satu ujian menaip dan lulus dengan mencapai kederasan paling rendah
35 p.s.m. daripada naskah bertulis yang jelas dan 30 p.s.m.
daripada naskah bercetak atau bertaip. Kesilapan mestilah tidak
melebihi 4%.

(b) Calon yang memiliki Sijil Perdagangan Malaysia dengan mendapat
kelulusan taip-menaip dalam kedua-dua fasa:-

(i) Sijil Kecekapan; dan
(ii) Sijil Ujian Laju pada peringkat pertengahan atau peringkat
tinggi boleh dikecualikan daripada ujian menaip yang
disyaratkan di perenggan C(a);

(c) Calon yang memiliki Sijil Perdagangan Malaysia dengan kelulusan
peringkat pertengahan adalah layak dilantik atas Gred N11 :
P1T4 dan peringkat tinggi atas Gred N11 : P1T6. 
Penaklukan Di Bawah Syarat-syarat Skim Perkhidmatan Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Pembantu Tadbir Rendah (Jurutaip), Gred N11 adalah tertakluk di bawah Skim Perkhidmatan tersebut yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa. 
Catatan Stesen Pertanian Lubok Antu - 1 kekosongan
Pejabat Pertanian Daerah Kecil Debak - 1 kekosongan
Pejabat Pertanian Daerah Kecil Roban - 1 kekosongan
Pusat Pengembangan Latihan dan Pembangunan Bahagian (Pejabat Pertanian Bahagian Sri Aman) - 1 kekosongan
Pusat Pengembangan Latihan dan Pembangunan Bahagian, Kabuloh (Pejabat Pertanian Bahagian Miri) - 1 kekosongan
Pejabat Daerah Saratok - 2 kekosongan 
Tarikh jawatan kosong ini diiklankan pada media massa
RTM   Borneo Post  
Utusan Sarawak 29-03-2008  New Straits Times  
Pejabat Residen   Pihakberkuasa Tempatan  
EASTERN TIMES 30-03-2008